Dalam
sejarah kepahlawanan tentera Islam pada zaman permulaan dulu, tersenarai satu
nama cukup gah dan dikenang jasa dan keberaniannya ialah Khaulah binti
Al-Azwar.
Khaulah telah dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian,
kemuliaan serta kewibawaan, mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan
tegap.
Ayahnya al-Azwar terbunuh ketika mempertahankan Rasulullah SAW dalam satu peperangan. Khaulah menyertai Perang Ajnadin pimpinan Khalid Al-Walid sebagai perawat tentera yang cedera dan memberi semangat serta bantuan bahagian belakang.

Turut
serta dalam perang tersebut ialah Dhiraar bin Al-Azwar, abang kandung Khaulah
yang sememang sudah terkenal sebagai tentera dan penunggang kuda yang hebat. Namun,
dalam perang itu, Dhiraar berjaya ditawan tentera Rom. Pasukan Islam
berusaha untuk membebaskannya.
Dalam satu pertempuran yang sengit untuk mengalahkan musuh
dan membebaskan Dhiraar, panglima Khalid bin al-Walid telah memerhatikan
seorang penunggang kuda yang tinggi, Seluruh mukanya bertutup, hanya kelihatan
matanya sahaja.
Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa,
sedang dia berpakaian serba hitam dan di kepalanya berlilit satu imamah atau
serban hijau, yang sisinya berjuntaian hingga ke dadanya, lalu dililitkan
selebihnya ke belakang. Dia seringkali berada di hadapan lelaki, seumpama api
yang marak membakar.
Khalid mengkagumi sikap pejuang itu. Maka dia bertanya kepada pejuang-pejuang yang berada di sisinya. ''Siapakah si penunggang kuda itu? Demi Allah dia adalah seorang penunggang kuda yang amat berani.''
Beliau terus memerhatikan cara serangannya ke atas tentera Rom, laksana api yang marak, lalu memecah-belahkan pasukan musuh dan memusnahkan penyusunan ketombokan mereka.

Sejurus kemudian lembaga itu hilang di tengah-tengah
kumpulan pejuang Islam lain dan terus bertempur bermati-matian, kemudian
kelihatan kembali semula sedang lembing yang dipegangnya bertitisan darah,
entah berapa banyak orang yang sudah menjadi mangsanya. Dia kemudian terus
menggempur askar-askar musuh tanpa perasaan takut atau gentar sedikit pun.
Sebenarnya kelakuan pejuang ini telah menarik perhatian kaum muslimin hingga menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda bernama Rafik bin Umairah: "Pejuang berkuda itu adalah Khalid al-Walid, panglima kita.''
Akan tetapi sangkaan Rafik tidak
tepat apabila Khalid muncul secara tiba-tiba. Lalu Rafik bertanya pada Khalid:
''Siapakah penunggang kuda yang bertarung di hadapanmu tadi, aku sangkakan
kaulah penunggang kuda itu.''
Berkata Khalid, ''Demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu, aku sendiri tidak mengenalinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya.''
Sebenarnya kelakuan pejuang ini telah menarik perhatian kaum muslimin hingga menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda bernama Rafik bin Umairah: "Pejuang berkuda itu adalah Khalid al-Walid, panglima kita.''
Berkata Khalid, ''Demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu, aku sendiri tidak mengenalinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya.''
Khalid berkata lagi: ''Wahai kaum muslimin! Satukan semua tentera dan bantulah si pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!''
Maka bertempurlah tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al-Walid bersama pejuang berkuda itu, maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yang menjulang. Akhirnya tentera Islam mengecapi kemenangan yang gilang-gemilang.
Tindakannya ini telah membuatkan Khalid hilang kesabaran
lalu menerpa ke arahnya, seraya menjerit: ''Biadap kau! Kau telah telah
mengacau hati orang ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu
dan dari mana kamu datang?'
Apabila pejuang itu melihat Khalid al-Walid begitu serius, maka dia pun menjawab dan kedengaran suara seorang wanita. Katanya: ''Aku tidak akan memalingkan mukaku daripadamu, melainkan kerana terasa malu''.

''Wahai panglima! Kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukannya,
sedangkan aku seorang wanita yang selalu berlitup.''
Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yang lembut itu dan terus bertanya: ''Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?''
Suara itu menjawab, ''Aku Khaulah
binti al-Azwar. Ketika aku sedang bersama-sama wanita lain, tiba-tiba datang
satu berita memberitahuku, bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar telah
ditawan.
Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.''
Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yang lembut itu dan terus bertanya: ''Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?''
Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.''
Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan
tindakannya itu. Lantas memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya
terhadap saudaranya itu.
Maka Khalid berkata kepada Khaulah lagi: ''Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat membebaskannya nanti.''
Peperangan itu dimenangi tentera Islam dan Dhirar berjaya
dibebaskan bersama-sama tentera Islam yang lain.
Maka Khalid berkata kepada Khaulah lagi: ''Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat membebaskannya nanti.''
Penyertaan Khaulah dalam peperangan tidak berakhir di situ sahaja. Beliau telah menyertai beberapa peperangan selepas itu termasuklah peperangan yang berlaku di Syam.
Dalam peperangan di Marj Dabik, saudaranya Dhirar telah
ditawan sekali lagi. Khaulah sekali lagi telah menggempur barisan-barisan musuh.
Kesedihannya
digarap pada syair dan tangisan yang mendorong semangat pasukan Islam untuk
menuntut Rom membebaskan Dhiraar. Beberapa wanita lain yang suami mereka
menjadi tawanan turut memberi semangat supaya tentera Islam lebih berani.
Pasukan
Islam berjaya menyerbu daerah utara Syam dan mengepung Antarkia manakala
beberapa tawanan dibebaskan, termasuk Dhiraar. Malangnya Khaulah dan beberapa
wanita lain pula menjadi tawanan Rom.
Dalam
tawanan pasukan musuh itu, Khaulah tidak menyerah kalah. Beliau berseru kepada
temannya: “Hai puteri Himsyar sisa keturunan Tubba, apakah kalian rela menjadi
tawanan Rom dan anak kalian menjadi budak mereka?
“Lebih
baik kita mati daripada menjadi tawanan yang hina dan melayan Romawi keparat.”
Dengan
semangat pantang menyerah, Khaulah mengetuai teman tawanan wanita dengan
mengambil tiang khemah. Bersenjatakan tiang itu, mereka melawan pasukan Rom
dengan memukul kepala mereka. Berkat keberanian itu, mereka berjaya membebaskan
diri.
Selain itu, beliau juga turut terlibat dalam penaklukan
Mesir, sehingga namanya disebut-sebut semua orang. Beliau terus menjadi seorang
perajurit Islam, sehingga beliau menemui ajal pada zaman pemerintahan Khalifah
Othman bin Affan.
Khaulah telah meninggalkan namanya harum mewangi, yang bau-bauannya terus menerus dicium orang di sepanjang zaman.
Khaulah telah meninggalkan namanya harum mewangi, yang bau-bauannya terus menerus dicium orang di sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment